Thursday, March 24, 2011

PENDEKATAN, KAEDAH & TEKNIK dan STRATEGI

PENDEKATAN
Parera (1986),pendekatan merupakan satu latar belakang falsafah / pandangan mengenai idea utama yang hendak dibahaskan dan merupakan satu aksiomal pernyataan yang diterima umum dan menjadi asas kepada sesuatu huraian.

Pendekatan terbahagi = Induktif, deduktif, Eklektik, Komunikatif, Interaksional, Pengalaman bahasa, Bersepadu.

KAEDAH
Ishak Ramly(2006), satu rancangan tentang apa yang akan dilaksanakan sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif

Kaedah terbahagi = terus, semulajadi, askar/tentera, ajuk-hafaz, linguistik/fonetik, oral-aural, terjemahan / nahu, psikologi, kod-kognitif.


TEKNIK
Satu taktik yang digunakan oleh guru untukmencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian. (Berlaku dalamperingkat plaksanaan). Contohnya, keberkesanan bergantung kepada sejauh mana guru dapat memahamkan peranan mereka serta merancangisi, memilih aktiviti, memilih bahan dan mengenalpasti alat serta contoh-contoh yang akan digunakan.

Teknik terbahagi = teknik main peranan, sumbangsaran, simulasi, drama, permainan bahasa, inkuiri, latih tubi.


STATEGI
Merupakan satu pelan / rancangan awal menentukan kumpulan sasaran dalam pengajaran & pembelajaran

Strategi terbahagi =

1. Strategi Pemusatan Guru

2. Strategi Pemusatan Murid

3. Strategi Pemusatan Bahan Pelajaran



KESIMPULAN

Mok Soon Sang 1992, Pedagogi 2 m.s. 8

· Pendekatan – jalan yang diambil

· Kaedah – cara teratur, kemas & sistematik

Teknik - kaedah membentuk teknik. Misalnya kaedah bercerita = teknik menyampaikan
cerita (gaya); kemahiran menyampaikan cerita; pelbagai teknik


Disediakan oleh G.Saravanan kumar/M2010m1000493/upsi