Friday, April 8, 2011

Ellis Paul Torrance - FATHER OF CREATIVITY


Tokoh Kreativiti - Ellis Paul Torrance Beliau merupakan salah seorang daripada penyelidik dan pemikir akademik yang sangat terkenal di dunia. Berbagai kajian dan teori-teorinya dalam bidang kreativiti masih lagi segar dan digunakan dalam bidang pendidikan sehingga hari ini. Berdasarkan kepada penulisan dan kerja-kerja penyelidikannya di dalam bidang kreativiti dan pendidikan akhirnya beliau telah diiktiraf sebagai Bapa Kreativiti (Father’s Of Creativity).
FAKTOR-FAKTOR UTAMAPERKEMBANGAN KREATIF DAN INOVATIF DALAM PEMBELAJARAN Faktor-faktor utama yang menyumbang kepada perkembangan pembelajaran kreatif dan inovatif ialah, 1. Pengurusan (MANAGEMENT) 2. Komunikasi terbuka (COMMUNICATION) 3. Teknologi (TECHNOLOGY) 4. Penyelesaian masalah(PROBLEM SOLVING) 5. Budaya(CULTURAL) 6. Strategi(STRATEGIC) 7. Kepimpinan (LEADERSHIP) 8. Pemikiran(THINKING)

DEFINISI & TOKOK-TOKOH KREATIVITI

DEFINISI & TOKOH-TOKOH KREATIVITI Spencer (1994) menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang di anggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu. Glosari Teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan. ACEID (1977) pula menyatakan bahawa inovasi ialah an effort to introduce a practice in order to bring about a social change. The practice need not be totally new, its efficiency and potentially in a new context are the main criteria used in labelling it as innovation. The emphasis is on change in terms of providing a strategy to deal with a specific local or national problem. Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan menyatakan inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu. Zaltman et. al (1973) menyatakan inovasi ialah idea, latihan atau bahan artifak yang kelihatan baru pada unit yang menggunakannya. Oldham dan Cuming (1996) pula menyatakan inovasi ialah kejayaan aplikasi pertama pada sesuatu produk atau proses.Damapour (1991) menyatakan inovasi sebagai mengenerasi perkembangan dan penggunaan idea baru pada organisasi

Thursday, March 24, 2011

PENDEKATAN, KAEDAH & TEKNIK dan STRATEGI

PENDEKATAN
Parera (1986),pendekatan merupakan satu latar belakang falsafah / pandangan mengenai idea utama yang hendak dibahaskan dan merupakan satu aksiomal pernyataan yang diterima umum dan menjadi asas kepada sesuatu huraian.

Pendekatan terbahagi = Induktif, deduktif, Eklektik, Komunikatif, Interaksional, Pengalaman bahasa, Bersepadu.

KAEDAH
Ishak Ramly(2006), satu rancangan tentang apa yang akan dilaksanakan sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif

Kaedah terbahagi = terus, semulajadi, askar/tentera, ajuk-hafaz, linguistik/fonetik, oral-aural, terjemahan / nahu, psikologi, kod-kognitif.


TEKNIK
Satu taktik yang digunakan oleh guru untukmencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian. (Berlaku dalamperingkat plaksanaan). Contohnya, keberkesanan bergantung kepada sejauh mana guru dapat memahamkan peranan mereka serta merancangisi, memilih aktiviti, memilih bahan dan mengenalpasti alat serta contoh-contoh yang akan digunakan.

Teknik terbahagi = teknik main peranan, sumbangsaran, simulasi, drama, permainan bahasa, inkuiri, latih tubi.


STATEGI
Merupakan satu pelan / rancangan awal menentukan kumpulan sasaran dalam pengajaran & pembelajaran

Strategi terbahagi =

1. Strategi Pemusatan Guru

2. Strategi Pemusatan Murid

3. Strategi Pemusatan Bahan Pelajaran



KESIMPULAN

Mok Soon Sang 1992, Pedagogi 2 m.s. 8

· Pendekatan – jalan yang diambil

· Kaedah – cara teratur, kemas & sistematik

Teknik - kaedah membentuk teknik. Misalnya kaedah bercerita = teknik menyampaikan
cerita (gaya); kemahiran menyampaikan cerita; pelbagai teknik


Disediakan oleh G.Saravanan kumar/M2010m1000493/upsi